Pasukan Khas Untuk Menjalankan Ujian Sampel Pengesanan COVID-19

 

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggerakkan satu pasukan khas untuk menjalankan ujian sampel pengesanan COVID-19 di negeri ini, bermula semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi, berkata pasukan khas itu memulakan proses berkenaan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.

“Ini hanya dapat dilaksanakan setelah menerima semua kelengkapan makmal yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Dr Christina, berkata terdapat tujuh kes baharu dilaporkan semalam, iaitu tiga kes di Keningau; Tambunan (dua); dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sabah adalah 248 kes setakat semalam, katanya.

— BERNAMA