COVID-19: MELAKA TENGAH KINI ZON MERAH, JUMLAH ZON MERAH 26

KUALA LUMPUR: Daerah Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari, semalam.

Perkara itu dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif COVID-19.

Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,148 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 13 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi zon merah seluruh Malaysia: 

 

Perak

KES

Hilir Perak

66

Kinta

97

Selangor

Sepang

59

Petaling

328

Hulu Langat

368

Gombak

123

Klang

159

Hulu Selangor

44

Kuala Lumpur

Cheras

64

Kepong

114

Lembah Pantai

427

Titiwangsa

106

Putrajaya

49

Negeri Sembilan

Seremban

197

Rembau

52

Melaka

Jasin

61

Melaka Tengah

44

Pahang

Kuantan

53

Jerantut

63

Johor

Batu Pahat

50

Kluang

176

Johor Bharu

171

Kelantan

Kota Bharu

86

Sarawak

Kuching

209

Kota Samarahan

46

Sabah

Tawau

67

JUMLAH

3,279

 

— BERNAMA