Kesesakan Sekitar Pusat Bandaraya Cetus Kebimbangan Ramai

Fardy Bungga

asiatimeskk@gmail.com

KOTA KINABALU: Kesesakan hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua di sekitar bandaraya ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna sosial media.

Kesesakan jalan raya yang luar biasa sejak pagi tadi disebabkan orang ramai keluar rumah secara beramai-ramai tanla diketahui tujuan mereka.

Menerusi gambar dan video yang dikongsikan di beberapa laman Facebook menyaksikan ramai pengguna jalan raya membanjiri jalan sekitar pusat bandaraya seawal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesesakan dipercayai berlaku susulan masyarakat yang masih berdegil untuk keluar rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, polis Mendapati masyarakat masih berdegil untuk keluar rumah walaupun arahan sudah dikeluarkan supaya masyarakat berehat di rumah masing-masing.

“Oleh demikian, kita akan membuat pemeriksaan secara rapi dengan menyemak dokumen perjalanan yang dimiliki setiap pemandu.

“Kita akan lebih tegas supaya mereka tidak memberikan seribu satu alasan untuk menipu bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Habibi berkata, menjelang PKP fasa tiga ini, kawalan di SJR masih diperketatkan. Anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di SJR akan memeriksa dokumen perjalanan setiap kenderaan.

Sejak pelaksanaan PKP dilancarkan, kerajaan menetapkan hanya ketua isu rumah atau seorang pemandu dibenarkan berada dalam kenderaan sekiranya ingin membeli barangan keperluan penting.

Tamat