PENIAGA DAN PENGUNJUNG PASAR BESAR KOTA KINABALU PATUHI ARAHAN.

Fardy Bungga

asiatimeskk@gmail.com

Kota Kinabalu: Pengunjung dan peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu didapati beroperasi dalam keadaan normal dan menuruti arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Hasil pemeriksaan khas yang dijalankan bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati, suasana pasar seperti biasa dan tiada unsur pembelian panik.

Jurucakap KPDNHEP Sabah berkata, pemeriksaan membabitkan semua gerai yang menjual barangan keperluan asas harian seperti ikan, udang, sotong, ayam (beku dan segar), sayuran, beras, telur ayam dan bawang merah.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, daun kesum tiada dijual di semua gerai dan peniaga memaklumkan bahawa bekalan masih belum lagi diperolehi daripada pembekal.

“Ikan Basung pula dijual pada harga RM4 hingga RM5 sekilogram manakala sayur bayam hijau dan merah dijual pada harga RM2.00 seikat.

“Bekalan beras masih banyak dijual dan mudah diperolehi sama ada bungkusan dari kilang atau pelanggan juga boleh membeli beras mengikut sukatan yang diminta ,”katanya dalam kenyataan medianyang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang aduan atau rungutan daripada para peniaga berkaitan kenaikan barang asas yang lain.

Katanya, peniaga juga didapati mematuhi penandaan tanda harga dan juga penggunaan alat timbang yang sah.

“Pemerhatian juga mendapati tiada had kemasukkan pelanggan ke dalam pasar namun dikawal oleh pihak RELA dan kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang bertugas di pintu masuk dan keluar Pasar Besar Kota Kinabalu.

“Pelanggan yang beratur juga dilihat sentiasa dinasihatkan supaya mempastikan jarak sosial satu meter di antara satu sama lain,”katanya.

Tamat