Wanita Ditemui Mati Tersepit Di Bawah Kereta.

Fardy Bungga

asiatimeskk@gmail.com

KENINGAU: Seorang wanita berusia 40-an ditemui mati tersepit di bawah sebuah kereta di hadapan rumahnya, di Kampung Biah, Batu 4, di sini, semalam.

Mayat wanita terbabit ditemui suaminya pada jam 7.10 malam, sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui di bawah kereta jenis Hyundai di hadapan rumah mangsa sendiri.

Katanya, pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dikeluarkan dari bawah kereta oleh Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan lanjut dan Pasukan Forensik juga dipanggil untuk membantu siasatan di lokasi kejadian.

“Kita akan menjalankan siasat dari pelbagai sudut termasuk aspek jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, polis belum menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini namun siasatan masih diteruskan.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

tamat