New Ford Ranger FX4 Scheduled for 3 June Launch via a Product Walkaround on YouTube and Facebook Live

  • The upcoming launch will be broadcasted via both YouTube and Facebook Live, making it the first pickup in the country to be launched through this method simultaneously
  • The return of the Ranger FX4 features a tough new look with distinctive upgrades, including exclusive FX4 only accessories
  • The first 150 customers nationwide who purchase the New Ford Ranger FX4 will receive exclusive accessories for free worth RM5,398 – customers can pre-book via Ford’s Digital Salesperson via WhatsApp Chat at +6019-204 1200

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 May 2020 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor of Ford in Malaysia, today announced that the New Ford Ranger FX4 is scheduled for launch in Malaysia this 3 June at 11am. The upcoming launch which will be broadcasted via both YouTube and Facebook Live will make the Ford Ranger the first pickup truck in the country to be launched simultaneously through both these platforms.

“As we embrace the new normal, we also embrace in new ways to bring excitement to our customers, and we are doing so by being the first pickup truck in the country to launch a vehicle simultaneously on both Facebook and YouTube live,” Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Managing Director for Sime Darby Auto ConneXion.

The New Ford Ranger FX4 is built for customers who enjoys taking their truck on life’s adventures and brings a host of new and unique features which are apparent from first glance. Its tough and bold exterior also continues inside the cabin further complementing the customers rugged and thrill-seeking lifestyle.

With its ‘Built Ford Tough’ credentials, the Ranger FX4 is also packed with a host of smart technologies and safety features seen in the current Ranger vehicles, including 4X4 Shift-On-The-Fly, rain sensing wipers, the light and nimble Electric Power Assisted Steering (EPAS), daytime running lights and headlights for better visibility. It also comes with two airbags, Limited Slip Differential, Hill Descent Control, Hill Launch Assist, Antilock Braking System (ABS) with Emergency Brake Assist (EBA) and Electronic Brake Force Distribution (EBD), ISOFIX child seat mounts, Electronic Stability Control with Traction Control, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control and Adaptive Load Control.

To celebrate the launch, the first 150 customers who purchase the New Ford Ranger FX4 will receive the following accessories worth RM5,398 for free:

  • Free accessories including a matte black sports bar and executive tinting
  • Free in-built Digital Video Recorder (DVR) that offers a range of smart and safety functions including high-definition (HD) recording, wide angle viewing, night view recording and Mobile App connect via Hotspot. It also comes with 8GB memory card

Customers who would like to place a vehicle booking ahead of the launch to take advantage of the free accessories can reach out to the Ford Digital Salesperson at +6019-204 1200 from 9am – 4pm, Monday – Friday, excluding public holidays. Through this dedicated WhatsApp channel, customers can be linked with an authorised Ford salesperson at a dealership located nearest to them. This would allow customers to transact at their own convenience and pay the deposit for their vehicle wherever they are.

“For customers visiting our showrooms and service centres nationwide, we would like to welcome and assure you that the necessary precautions are in place to ensure the health and safety of our visitors and staff as outlined by the Government. This includes, the practice of social distancing, temperature checks upon entering the premise, hand sanitiser dispensers located at common areas, in addition to frequent sanitising of high contact points throughout the premises, including service and display vehicles,” said Jeffrey Gan, Managing Director for Retail and Distribution, Malaysia, Sime Darby Motors.

Watch the live launch via YouTube and Facebook Live with our product specialist as he brings us through the enhanced features and capability of the tough New Ford Ranger FX4 this 3 June 2020 at 11am.

Ford Ranger FX4 Baharu Akan Dilancarkan Secara Langsung di Atas Talian Melalui YouTube dan Facebook Live Pada 3 Jun 2020

 Pelancaran akan disiarkan secara langsung melalui YouTube dan Facebook Live, menjadikan ia trak pikap pertama yang dilancarkan secara serentak.

  • Ranger FX4 kembali membawakan ciri-ciri lasak dengan peningkatan yang ketara -termasuk aksesori-aksesori FX4 yang eksklusif.
  • 150 pelanggan pertama di seluruh negara yang membeli Ford Ranger FX4 Baharu akan menerima aksesori eksklusif bernilai RM5,398 – pelanggan boleh menempah melalui Jurujual Digital dengan menghubungi talian WhatsApp Chat di +6019-204 1200.

 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Mei 2020 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran Ford Ranger FX4 Baharu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2020 jam 11 pagi. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung melalui YouTube dan Facebook Live. Ini menjadikan Ford Ranger sebagai trak pikap pertama dilancarkan secara serentak melalui kedua-dua platform tersebut.

“Dengan norma baharu yang kita amalkan kini, kami turut mempraktikkan cara baharu dalam memberikan keseronokan kepada para pelanggan, lantas menjadi trak pikap pertama di negara ini yang dilancarkan secara langsung dalam talian dan serentak melalui Facebook LIVE dan YouTube,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Ford Ranger FX4 dihasilkan untuk para pelanggan yang suka menikmati pengembaraan hidup bersama trak mereka. Trak ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri unik dan baharu yang dapat dilihat hanya dengan sekilas pandang. Bentuk luaran yang lasak dan mantap ini turut diselarikan hingga ke kabin bagi menyesuaikan gaya hidup pemiliknya yang lasak dan suka akan cabaran.

Sinonim dengan ‘Built Ford Tough’, Ranger FX4 ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi pintar serta ciri-ciri keselamatan yang ada pada kenderaan Ranger yang sedia ada, termasuk  4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah, lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang. Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, Limited Slip Differential , fungsi  Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan  Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, ‘Rollover Mitigation’, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.

Bagi meraikan pelancaran tersebut, 150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 Baharu ini akan menerima pakej aksesori percuma bernilai RM5,398 seperti berikut:

  • Bar sporti berwarna hitam dan pelekat cermin gelap eksekutif.
  • Perakam Video Digital (DVR) yang dilengkapi dengan fungsi pintar dan selamat termasuk rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan sudut lebar, rakaman waktu malam dan aplikasi mudah alih yang disambung melalui Hotspot berserta kad memori 8GB.

Para pelanggan yang ingin membuat tempahan awal sebelum pelancaran bagi mendapatkan pakej aksesori percuma ini boleh menghubungi Jurujual Digital di talian +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin – Jumaat, kecuali pada cuti umum. Melalui talian WhatsApp khusus ini, para pelanggan dapat dihubungkan kepada jurujual berdaftar Ford di agen pengedar yang terdekat. Ini membolehkan pelanggan melakukan transaksi mengikut keselesaan mereka dan membuat bayaran deposit di mana sahaja mereka berada.

“Untuk para pelanggan yang melawat bilik-bilik pameran dan pusat servis kami di seluruh negara, kami mengalu-alukan kedatangan anda di mana segala langkah pengawasan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa telah kami ambil dalam memastikan kesihatan dan keselamatan para pelanggan dan kakitangan kami. Ini termasuk mengamalkan penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, menyediakan cecair sanitasi tangan di sekitar kawasan selain daripada melakukan sanitasi di bahagian-bahagian yang kerap disentuh di sekitar premis, termasuk kenderaan yang sedang diselenggara dan dipamer,” ujar Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Jualan dan Edaran Malaysia, Sime Darby Motors.

Saksikan pelancaran ini secara siaran langsung melalui YouTube dan Facebook Live bersama pakar kami dan beliau akan membawa kita melihat ciri-ciri yang telah dipertingkatkan serta kemampuan yang dimiliki oleh Ford Ranger FX4 Baharu ini pada 3 Jun 2020 jam 11 pagi.

 

-End-