Perodua officially restarts nationwide operations in full

Rawang, 19 May: Perodua has officially resumed operations at all 182 sales, 202 service and 68 Body & Paint outlets nationwide, after a two-month Movement Control Order (MCO) closure.

“We announce today that we have finally put in place the necessary safeguards at all our outlets nationwide to ensure that our valued customers and employees will be sufficiently protected in the light of the ongoing COVID-19 situation,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Production in Sungai Choh began partially on 11 May and is now in full swing. We hope to fulfil demand as quickly as possible,” he added.

Perodua outlets restarted operations on a staggered basis from 12 May and the company has been working hard to ensure all the sufficient health and safety measures are in place.

“We thank our valued customers for their patience and loyalty. We will ensure that all your motoring needs will be met as soon and as safely as possible,” he said.

Customers looking to service their vehicles are required to secure an appointment slot beforehand with their service centre of choice – walk-ins will not be accepted at present to avoid crowding.

All visitors must undergo temperature checks before entering outlets, register their details and adhere to social distancing markers within the outlets at all times. Hand sanitisers are placed at key locations, while the outlets themselves are sanitised regularly.

“These safeguards are part and parcel of our commitment to our collective health and safety, towards making your Perodua Experience the best it can be,” said Dato’ Zainal.

Perodua memulakan operasi penuh secara rasmi di seluruh negara

 Rawang, 19hb Mei: Perodua secara rasmi telah kembali beroperasi sepenuhnya di semua 182 pusat jualan, 202 pusat servis dan 68 pusat Badan & Cat (B&P) di seluruh negara, selepas penutupan selama dua bulan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.

“Hari ini, kami mengumumkan bahawa kami telah selesai melaksanakan langkah-langkah penjagaan yang diperlukan di semua pusat jualan, servis dan B&P kami di seluruh negara bagi memastikan para pelanggan yang dihargai serta pekerja kami dilindungi secukupnya di dalam situasi COVID-19 kini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Pengeluaran di Sungai Choh telah bermula sebahagiannya dari 11 Mei dan kini berjalan sepenuhnya. Penghantaran kenderaan baharu juga telahpun bermula.

Selain itu, cawangan-cawangan Perodua telah memulakan operasi secara berperingkat dari 12 Mei dan syarikat tersebut telah bekerja keras untuk memastikan semua langkah keselamatan dan kesihatan dilaksanakan dengan betul dan menyeluruh.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami yang dihargai atas kesabaran dan kesetiaan mereka. Kami akan memastikan semua keperluan permotoran anda dapat dipenuhi dengan selamat dan segera,” katanya.

Pelanggan yang ingin menyelenggara kenderaan mereka adalah diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka – walk-in tidak akan diterima buat masa ini untuk mengelakkan kesesakan.

Semua pelawat mestilah menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pembersih tangan telah ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

“Perlindungan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami terhadap kesihatan dan keselamatan bersama. Kami amat berharap anda dapat bekerjasama dengan kami untuk menjadikan Pengalaman Perodua anda berjalan dengan lebih baik,” kata Dato’ Zainal.