224 Individu Dikenakan Kompaun Sepanjang PKPB Sejak 13 Mei Lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass bersama Timbalannya, Datuk Mazli Mazlan.

Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com

pix Lo Teck Loong

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, merekodkan keseluruhan 224 kompaun dikeluarkan dan menahan seramai 97 individu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mengikut rekod, kompaun dikeluarkan terhadap 159 lelaki dan 65 wanita manakala individu yang ditahan pula membabitkan 75 lelaki dan 14 wanita.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 36 kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, empat kertas pertuduhan sudah dijalankan di Mahkamah membabitkan 30 orang kena tuduh.

“Semua 97 individu yang ditahan membabitkan 61 warganegara tempatan dan 36 warga asing kerana melanggar arahan PKPB yang dikuatkuasakan sejak 13 Mei lalu.

“Selain itu, bagi tempoh PKPB berkuatkuasa, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik pula sudah mengeluarkan sebanyak 15,439 saman kepada pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Zaini berkata, dalam tempoh sama, jumlah kemalangan membabitkan 879 kes dengan 12 kes maut, 11 kemalangan parah dan 10 kes kecederaan ringan.

Katanya, baki 846 kes pula adalah membabitkan kemalangan kerosakkan.

“Jumlah tangkapan pengguna jalan raya pula direkodkan sebanyak 21 individu,” katanya.

Tamat