KETUA PENERANGAN WIRA NEGERI CABAR JEFFREY HANTAR BALIK PTI.

Ketua Penerangan Wira Negeri Sabah, Mohammad Firdaus Diun

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Wira Negeri Sabah, Mohammad Firdaus Diun, mencabar Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggunakan kuasanya untuk menekan kerajaan persekutuan supaya menghantar balik Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) ke negara mereka.

Mohammad Firdaus dalam kenyataannya berkata, umum mengetahui kuasa menguruskan PTI terletak di bawah bidang kuasa polis dan Jabatan Imigresen yang dikawal selia oleh kerajaan persekutuan.

Katanya, sebagai timbalan menteri persekutuan, Dr Jeffrey tidak perlu memberi alasan jawatan yang dipegang tidak mempunyai kuasa untuk “menekan” kerajaan persekutuan menangkap dan menghantar pulang PTI.

“Sebagai Presiden Parti yang sama-sama bentuk kerajaan persekutuan, kedudukannya adalah setaraf dengan Presiden Parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), tentu mempunyai ‘Bargaining Power’ untuk mendesak dan sekaligus menghantar PTI balik.

“Jika DDJK betul-betul berjuang untuk kepentingan SABAH!, inilah peluang untuk dia gunakan kuasa yang ada untuk menekan Kerajaan Persekutuan untuk menangkap dan menghantar PTI ini balik ke tempat asal,” katanya.

Mohammad Firdaus berkata, Kerajaan Malaysia perlu menanggung kos yang tinggi untuk mengurus PTI dan disebabkan itu, tidak salah untuk beliau membantu menyelamatkan Sabah dari masalah PTI yang sudah lama menghantui negeri ini.

“Menteri lantikan persekutuan harus tunjukkan kebolehan mereka untuk membantu Negeri Sabah supaya lebih makmur dan maju jaya dan bukan hanya sebagai boneka yang mudah dikotak-katikkan.

“Isu PTI ini harus diselesaikan dengan kadar segera, memandangkan Dr Jeffrey adalah seorang yang paling Vokal dalam isu PTI dulu.

“Tidak salah untuknya mengunakan pengaruh yang ada sebagai Timbalan Menteri dan Presiden Parti untuk terus menekan Persekutuan untuk selesaikan masalah kebanjiran PTI di Sabah,” katanya.

Mohammad Firdaus berkata, kesimpulannya, Kerajaan Persekutuan harus bekerjasama dalam menyelesaikan masalah PTI untuk kebaikan Sabah dan bukan mempolitikkan isu ini.

Tamat