Tiga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dilantik.

Gambar (dari kiri): Nixboy, Ahmad, Datuk Seri Mohd Shafie, Pengarah UPPM, Haji Abdullah Minun, dan Johney.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

KOTA KINABALU: Tiga pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) yang baharu dilantik, mengangkat sumpah hari ini.

Mereka yang dilantik adalah Ahmad Abidin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Nixboy Piunin DUN Melalap, dan Johney Joanis DUN Tambunan.

Majlis ringkas berkenaan diadakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Mohd Shafie berkata, sebagai mata dan telinga kepada rakyat, PPM perlu bekerja tanpa mengira kaum, kepercayaan dan juga fahaman politik.

Selain itu, katanya, pemimpin ini juga diingatkan supaya sentiasa berkhidmat dengan sebaiknya kepada rakyat.

“Mereka diingatkan supaya berkhidmat dengan sebaik-baiknya kepada rakyat dan menjalankan tugas dengan penuh etika.

“Selain itu, mereka juga perlu serta sentiasa merujuk kepada pemimpin atasan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

TAMAT.

Gambar (dari kiri): Nixboy, Ahmad, Datuk Seri Mohd Shafie, Pengarah UPPM, Haji Abdullah Minun, dan Johney.