Datuk Peter Anthony Dituduh Di Mahkamah Sesyen Esok.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony akan dituduh di Mahkamah Sesyen, esok, bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Difahamkan, pertuduhan itu berhubung dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod beberapa tahun lalu.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah yang sempat ditemui mengesahkan sudah menerima waran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir di mahkamah pada pukul 8 pagi esok.

Pertuduhan dikatakan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).

Peter berkata, beliau akur dengan tindakan berkenaan namun akan terus berjuang demi menegakkan kebenaran.

Katanya, ia adalah pertuduhan yang bermotifkan politik.

“Saya sudah dapat waran untuk hadir esok berkaitan kes Risda. Saya tiada masalah saya akan hadir esok.

“Sekiranya SPRM mahu menahan saya pun, saya bersedia, ini kes lama yang sudah selesai,” katanya.

Peter berkata, mereka boleh mengambil apa saja tindakan dan beliau akan berjuang kerana tidak mahu rakyat Sabah diperbodohkan.

Tamat