Perodua sees lower car prices between 3% and 6%

Rawang, 10 June: Perodua will reduce its model prices (on-the-road excluding insurance) by between 3% and 6% via cash rebates until 14 June 2020 and will incorporate the new prices throughout the tax reduction period as recently announced by the Prime Minister.

“Despite the tax reduction only becoming effective 15 June 2020, Perodua will offer cash rebates between 3% and 6% for the purchase of our vehicles beginning today,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.

“We want everyone to take this opportunity to own a Perodua without worrying about being left out. Please visit any Perodua sales outlet and speak to our authorised sales advisors for the total cash rebate amounts and the full price list that will be effective 15 June,” he added.

In his Economic Recovery Plan address on 5 June, Malaysian Prime Minister YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin announced various measures and incentives to stimulate the economy amidst the ongoing COVID-19 crisis that has gripped the nation.

Among the incentives to assist the automotive industry are a 100% sales tax exemption on new completely-knocked-down (CKD) vehicles and a 50% exemption for completely-built-up (CBU) vehicles until the end of the year.

“Perodua is in full support of the government’s move to fully exempt sales tax for the purchase of CKD cars until the end of the year to shore up the domestic economy,” said Dato’ Zainal.

Perodua’s current model range comprises the Myvi, Axia, Bezza, Aruz and Alza.

“The Malaysian public are understandably spending more cautiously due to COVID-19 and the Movement Control Order, although personal vehicles are still very much needed in these trying times,” said Dato’ Zainal.

“This move to fully exempt CKD cars from sales tax is a confidence boost for the automotive industry – not just for car buyers but the entire ecosystem of manufacturers, suppliers and dealers. Along with low financing rates at this difficult time, we are cautiously optimistic that this will spur new car sales,” he added.

Perodua has sold 52,920 vehicles as of the first five months of 2020, giving it a 41% market share against an estimated year-to-date total industry volume of 129,401 units.

All current Perodua models have over 90% local content, and last year, the carmaker purchased RM5.4 billion worth of components from Malaysian suppliers.

“As Malaysia’s biggest carmaker by volume, we reiterate our commitment to the government to contribute wherever and whenever we can to ensure the industry can get through this difficult time,” said Dato’ Zainal.

  • End

Rawang, 10hb Jun: Perodua akan menurunkan harga kesemua modelnya (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3% hingga 6% melalui rebat tunai sehingga 14hb Jun 2020 dan akan mengekalkan harga baharu ini di sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Walaupun tempoh pengurangan cukai bermula 15hb Jun 2020, Perodua akan memberikan rebat tunai antara 3% hingga 6% bagi pembelian kenderaan kami bermula hari ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami ingin membolehkan orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui amaun rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15hb Jun,” tambah beliau.

Dalam ucapan Rancangan Pemulihan Ekonomi pada 5hb Jun, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelbagai langkah dan insentif untuk merangsang ekonomi di sebalik krisis COVID-19 yang sedang melanda negara.

Antara insentif untuk membantu industri automotif termasuk pengecualian cukai jualan 100% bagi kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) dan pengecualian 50% bagi kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga akhir tahun ini.

“Perodua menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik,” kata Dato’ Zainal.

Barisan model semasa Perodua merangkumi Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza.

“Rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dalam berbelanja berikutan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, namun kenderaan persendirian masih diperlukan pada masa yang sukar ini,” kata Dato’ Zainal.

“Pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif – bukan sahaja pelanggan tetapi keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar. Seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu,” tambah beliau.

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41% pasaran berbanding TIV yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini (YTD).

Dengan kandungan tempatan melebihi 90% bagi seluruh barisan modelnya, Perodua telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lepas untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

“Sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami ingin menyatakan semula komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu industri menempuhi fasa yang sukar ini,” kata Dato’ Zainal.

 

  • Tamat