Perodua contributes over 5,000 self-made face shields to Hulu Selangor schools

Rawang, 23 June: Ahead of the reopening of schools on 24 June, Perodua has distributed over 5,000 face shields produced by its associate to 17 secondary schools in the Hulu Selangor district.

“We contribute these face shields for the use of Form 5 and Form 6 students, teachers and support staff as they return to school after a three-month closure brought about by the Movement Control Order (MCO),” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Pn Sulasi Hj Mahadi, Deputy General Manager Corporate Branding & Communications, Perodua hands over face shields to Tuan Raimi Ramli, Principal of SMK Bukit Sentosa, Rawang.

“Although our children, teachers and support staff will no doubt be returning to school wearing face masks, the wearing of face shields would serve as a good extra precautionary measure.

“As a caring, People First company, we believe in going beyond when it comes to safety, especially when our beloved children are involved and particularly those less fortunate,” he added.

Among schools that received face shield from Perodua – SMK Bukit Sentosa, Rawang 

The face shield features a fog-resistant visor made of polyethylene terephthalate for optimal visibility, sponge cushioning that hugs the forehead to act as a barrier against airborne droplets, and an adjustable elastic band for a snug and comfortable fit.

Perodua also contributed face shields to the Hulu Selangor District Education Office in Kuala Kubu Bharu.

Among schools that received face shield from Perodua – SAMT Kuala Kubu Bharu

“We thank the government, especially the Health Ministry, and all frontliners for working so hard to guide our nation through the COVID-19 crisis. Although we have made considerable progress, we hope the Malaysian public will continue exercising caution and complying with all health and safety guidelines,” Dato’ Zainal said.

Among schools that received face shield from Perodua – Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

“Perodua is happy to be contributing to Malaysia’s fight against COVID-19 by continuing to make face shields and we are looking at distributing them to community clinics in the Hulu Selangor district very soon,” he added.

Perodua sumbang lebih 5,000 pelindung muka buatan sendiri kepada sekolah-sekolah Hulu Selangor

 Rawang, 23hb Jun: Menjelang pembukaan semula sekolah pada 24hb Jun ini, Perodua telah menyumbang lebih 5,000 pelindung muka oleh rakan niaganya kepada 17 sekolah menengah di daerah Hulu Selangor.

“Kami menyumbang pelindung muka ini untuk kegunaan para murid Tingkatan 5 dan 6, guru dan kakitangan sokongan semasa kembali ke sekolah setelah penutupan tiga bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Walaupun para murid, guru dan kakitangan sokongan akan memakai topeng muka di sekolah, penggunaan pelindung muka boleh menjadi langkah pencegahan tambahan yang baik.

“Sebagai syarikat yang prihatin dan mengutamakan insan, kami percaya pada pengambilan langkah tambahan dari segi keselamatan, lebih-lebih lagi ketika melibatkan anak-anak kita yang tersayang dan juga mereka daripada golongan yang kurang bernasib baik,” tambah beliau.

Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

Perodua juga turut menyumbang pelindung muka kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pihak kerajaan, terutama sekali Kementerian Kesihatan, dan semua anggota barisan hadapan kerana telah bekerja keras untuk membimbing negara kita melalui krisis COVID-19.

“Walaupun bilangan kes baharu mencatat penurunan yang ketara, kami berharap rakyat Malaysia akan terus berwaspada dan mematuhi semua garis panduan kesihatan dan keselamatan,” Dato’ Zainal berkata.

“Perodua berbesar hati untuk menyumbang kepada perjuangan Malaysia menentang COVID-19 dan kami akan mengedarkan pelindung muka kepada klinik komuniti di daerah Hulu Selangor tidak lama lagi,” tambah beliau.

  • Tamat
  • End