IPD Beluran Siasat Pemilik Akaun Facebook.



Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

BELURAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menuduh dan mempertikaikan ketelusan pasukan polis.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan dijalankan berhubung kenyataan fitnah terhadap anggota Balai Polis Beluran dan IPD Beluran.

Katanya, kertas siasatan dibuka berkait dengan satu kenyataan oleh pemilik akaun Facebook yang menjadi viral.

“Video berdurasi kira-kira tujuh minit oleh pemilik akaun Facebook itu turut mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan nama baik Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran dan PDRM.

“Hasil siasatan, mendapati penularan video berkenaan berkait dengan satu tangkapan membabitkan pertengkaran di hadapan Pasaraya Gemilang Beluran yang dilakukan anggota polis IPD Beluran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Kasim berkata, pemilik akaun Facebook berkenaan mempertikaikan tindakan pihak polis dan menyatakan seolah-olah tindakan pihak polis IPD Beluran tidak telus semasa kejadian itu berlaku.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan permohonan arahan untuk menjalankan siasatan akan dibuat”

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti pemilik akaun Facebook berkenaan,”katanya.

Kasim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tamat