Belayar Guna Dokumen Tamat Tempoh, Kapal Kargo Ditahan.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Labuan: Sebuah kapal kargo yang didapati belayar menggunakan dokumen tamat tempoh ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ditahan di kedudukan 2.28 Batu Nautika, Barat Daya Petronas Methanol, di sini.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Nor Bakari Abu Bakar berkata, kapal karga berkenaan ditemui ketika rondaan biasa di kawasan perairan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal kargo berkenaan disyaki melakukan kesalahan dengan mengemukakan dokumen pelayaran tamat tempoh.

“Ketika sedang melakukan rondaan, bot ronda APMM yang kerap menjalankan pemeriksaan rutin terserempak dengan kapal kargo berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kapal kargo berkenaan gagal menunjukkan dokumen pelayaran yang masih sah tempoh,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Nor Bakari berkata, dua kru kapal kargo berusia 47 dan 38 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kapal kargo berkenaan kemudiannya diiringi balik ke jeti APMM Labuan untuk siasatan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana mengemukakan dokumen pelayaran tamat tempoh,” katanya.

Tamat