1,203 Individu Dituduh Membabitkan 924 Kertas Siasatan.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Pix Lo Teck Loong

Kota Kinabalu: Seramai 1,203 individu dituduh membabitkan kesalahan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac sehingga semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, semua tuduhan berkenaan membabitkan sebanyak 924 kertas siasatan.

“Jumlah kertas tidak sama dengan orang kena tuduh adalah disebabkan ada siasatan yang membabitkan seorang hingga lima orang.

“Manakala yang ditangkap dalam tempoh itu pula membabitkan seramai 1,781 individu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Zaini berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 656 orang sudah diambil tindakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal.

Katanya, sejak berkuatkuasanya arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka, seramai 10 orang sudah diambil tindakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Tamat