UPKO Tampil 10 Muka Baharu Dalam PRN Kali Ini.


KOTA KINABALU: 10 muka baharu tampil bagi mewakili Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Manakala dua lagi calon adalah Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Kiulu dan Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang kekal bertanding di DUN Kadamaian.

Antara calon muka baharu adalah Datuk Dr Lucas Umbul untuk DUN Kemabong, Setiausaha Agung Nelson W. Angang (N 33 Kuala Penyu), Bendahari Agung Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu (N 39 Tambunan).

Selain itu, turut bertanding, Timbalan Setiausaha Agung, Georgina L. George (N38 Paginatan), Ketua Pemuda UPKO Felix Jospeh Saang (N47 Telupid) juga antara yang terpilih sebagai calon PRN Sabah.

Turut dipilih Junsim Rumunzing untuk DUN Bengkoka, Padis Majingkin DUN Tandek, Albert Aguir DUN Nabawan, Dennis Tweening Rantau DUN Labuk dan Benson Inggam DUN Kuamut.

Ini adalah kali pertama buat UPKO untuk bertanding sebagai rakan kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dalam PRU14 pada 2018, UPKO memiliki empat kerusi DUN iaitu Kadamaian, Kuala Penyu, Paginatan dan Sugut serta satu kerusi bagi ADUN dilantik.

Tamat