Tingkatkan Kecekapan Pengangkutan Awam.


KOTA KINABALU: Calon Gagasan Calon Bebas Sabah (GCBS) Sim Sie Hong, mencadangkan beberapa idea bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam di
Kota Kinabalu.

Menurutnya, sistem pengangkutan awam yang baik merupakan komponen penting bagi sebuah bandaraya.

Katanya, menerusi sistem pengangkutan yang cekap dan mudah diguna, ia mampu membantu meningkatkan potensi perniagaan tempatan termasuk mempromosikan pelancongan.

Cadangan pertama adalah kerajaan negeri memperuntukkan dana untuk menghidupkan semula perkhidmatan Bas Bandaraya untuk memudahkan pergerakan di dalam bandar dengan tarif yang rendah untuk warga emas.

Laluan bas pula boleh ditentukan oleh pihak berkuasa denganmemaksimumkan penggunaan bas di lokasi bandar untuk kemudahan penduduk tempatan dan pelancong,katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sim berkata, pihak berkuasa juga boleh menggabungkan semua pemegang lesen bas mini untuk dijadikan sebuah konsortium atau syarikat pengangkutan
di mana semua pemilik lesen menjadipemegang saham dan bekerja untuk konsortium berkenaan.

“Selain itu, sistem pergerakan bas boleh ditentukan mengikutikesesuaian, lokasi popular serta kekerapan penumpang.

Kerajaan negeri boleh mendapatkan nasihat konsultanpengangkutan jika diperlukan untuk membantu merumuskan sistem pergerakan bas bagi memastikan perkhidmatan bas yang konsisten dan tepat waktu,katanya.

Sim berkata, satu lagi kaedah lain adalah dengan membenarkan syarikat konsortium mengemukakan model perniagaan yang komprehensif untuk memastikan mereka dapat mengendalikan perkhidmatan mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan.

Katanya, syarikat pengurusan akan tetap mempunyai keuntungan yang munasabah walaupun Kerajaan tidak dapat mensubsidi kos operasi.

Selain itu, kerajaan juga boleh mewujudkan pengangkutan teksi air atau pengangkutan air untuk menghubungkan beberapa lokasi yang sesuai. Sekiranya sistem pengangkutan air ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, masalah kesesakan lalu lintas di bandar akan pasti dapat diselesaikan,katanya.

Begitu juga dengan pengenalan jaringan pengangkutan basikal di kawasan bandaraya untuk mendorong orang ramai memilih kaedah berbasikal ke tempat kerja. Sudah tentu kerajaan juga perlu memberikan insentif kepada pejabat-pejabat yang menyediakan tempat letak basikal dan semua kemudahan yang berkaitan,katanya.

Sim berkata, untuk mendorong orang awam berjalan kaki dalam jarak dekat, pihak berkuasa tempatan harus mempertimbangkan untuk meningkatkan jaringan laluan antara taman dan pusat komersial tempatan.

Katanya, kerajaan perlu menaiktaraf laluan pejalan kaki untuk menjadikannya selamat dan diterangi lampu yang sempurna pada waktu malam.

“Akhir sekali, saya berharap kerajaan negeri yang baru kelak dapat melihat keperluan naiktaraf pengangkutan awam yang sistematik di bandaraya Kota Kinabalu. Rancangan Struktur KK 2030 dengan jelas menunjukkan bagaimana jaringan antara pusat komersial atau lokasi tumpuan menjadi lebih efisien dengan pelbagai pilihan pengangkutan awam,tegasnya.

Sim berkata, rancangan ini perlu diambil perhatian serius berdasarkan kepada potensi pertumbuhan penduduk masa depan pada tahun 2030.

“Saya menggesa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuat perancangan awal dengan melibatkan untuk golongan profesional untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,katanya.

Tamat