Cara Kreatif Untuk Berkempen.


Kota Kinabalu: Bekas ratu Unduk Ngadau mewakili daerah Penampang, Chin Ling Ling yang menceburi dunia politik dengan bertanding sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, menggunakan cara kreatif untuk berkempen
.

Beliau yang dinobatkan sebagai naib johan peringkat negeri pada tahun 1991 itu berkata, disebabkan terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP), dia memilih kaedah kempen van bergerak.

Katanya, kaedah itu digunakan antara lain untuk menarik perhatian pengundi bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam keadaan semasa hari ini, kita tidak lagi boleh berkempen seperti masa lalu dengan hanya mengadakan ceramah dan kunjung-mengunjungi rumah pengundi.kata Chin yang juga ali Gagasan Calon Bebas Sabah.

“Kita perlu mengamalkan langkah-langkah mengikut SOP Covid-19, bagi memastikan keselamatan orang ramai terjaga terlebih dahulu,katanya ketika ditemui, hari ini.


Chin, 49, berkata, kempen di jalan raya ini bukan saja berkesan tetapi juga mampu menjangkau lebih banyak kawasan.

Katanya, kenderaan kempen hanya perlu melalui sekitar kawasan yang terlibat sambil memasang pembesar suara untuk menyampaikan mesej berulang kali.

Untuk rekod, Chin yang merupakan akauntan profesional ialahcalon pilihan raya pertama yang menggunakan van bergerak untuk berkempen kali ini.

Walaupun banyak pengundi yang belum mengenali Chin, beliau sangat aktif dalam melakukan kebajikan termasuk mendirikan sekolah tabika dan kerja-kerja amal terutamanya di luar bandar sejak belasan tahun sebelum ini.

Beliau yang juga pengasas sebuah NGO, I Link Berhad, akan memfokuskan kepada pelbagai masalah termasuk sosial, ekonomi, pendidikan dan kebajikan.

Tamat