Beri Kami Peluang


KOTA KINABALU:
26 September akan menjadi hari yang banyak orang mengingati, bukan hanya kerana ianya pilihan raya umum ke-16 Sabah, tetapi ia juga merupakan salah satu pilihan raya yang paling merunsingkan pengundi.

Calon Gagasan Calon Bebas Sabah (GCBS) Melanie Chia berkata, ia disebabkan terlalu ramai calon yang perlu dipilih dengan jumlah keseluruhan 447 orang.

Katanya, terlalu banyak parti politik sehingga menimbulkan kekeliruan dan pengundi juga mungkin tersilap meletakkan pangkah pada calon yang salah.

Dalam pilihan raya ini, banyak parti lama dan baru yang tiba-tiba muncul atau diaktifkan semula.

Ada yang tidak diketahui asal usulnya, ada yang biasa tetapi tidak pasti pihak mana yang mereka wakili dan ada juga pihak yang pernah kita kenal namun tiba-tiba bertukar arah,katanya ketika wawancara yang diadakan secara langsung di laman sosial, semalam.

Bagaimanapun Melanie berkata, ada sebuah pasukan terdiri daripada lima orang yang membawa harapan baru kepada para pengundi di Sabah.

Mereka ialah Gagasan Calon Bebas Sabah (GBCS). Dari limacalon ini, ada seorang yang sememangnya terkenal dalam arena politik. Dialah Melanie Chia.

Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk DUN Likas. Jika ditanya, mengapa sebagai ahli politik veteran mahu mempertaruhkan karier politiknya untuk menceburkan diri sebagai bebas bersama empat pendatang baru dalam dunia politik.

Ini adalah kerana, rakan-rakan saya dalam gagasan inimempunyai latar belakang dalam melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat, ikhlas melayani akar umbi dan membawa harapan baru untuk rakyat Sabah,katanya.

Melanie berkata, mereka adalah Achmad Noorasyrul Noortaip yang akan bertanding di Inanam, Sim Sie Hong (Api-Api), Chin Ling Ling (Luyang) dan Jan Chow Yee Fah (Tanjung Aru).

Sementara itu, Melanie yang terkenal dengan hubungan akrabnya dengan akar umbi mengaku mendapat banyak perhatian dari orang ramai selepas menyatakan hasratnya untuk bertanding.

Katanya, gagasan yang dibentuk juga mendapat sambutan positif dari rakyat Sabah dan ia sesuatu yang sangat diharapkan mereka.

Banyak yang mengatakan mereka menyokong visi dan inspirasi yang cuba dicapai oleh gagasan ini.

Banyak juga yang memberi komen mengenai berkualiti calon yang ada dalam gagasan ini,katanya.

Melanie berkata, ada juga pihak yang menyuarakan keprihatinan dan kekeliruan mereka sewaktu sesi FB Live, mencari jawapan untuk pertanyaan dan ketidakpastian mengenai pelbagai isu.

Untuk pertanyaan yang diajukan, kami hanya dapat memberikan cadangan dan idea kasar mengapa ia berlaku.

Buat masa ini, kami semua hanyalah calon dan belum menjadi wakil rakyat. Jika benar-benar ingin mengetahui sama ada kami dapat menyelesaikan masalah?

Mengapa tidak berikan kami peluang untuk membuktikan kemampuan pada 26 September depan,katanya.

Tamat