Pertahankan Sistem Demokrasi Di Negara Ini.


KOTA KINABALU:
Sukar untuk memahami, mengapa dua gabungan politik terbesar perlu membuatkan pengundi memilih hanya dua pemimpin sebagai ketua menteri,tegas Ahli Gagasan Calon Bebas Sabah, Jan Chow.

Menurutnya, bumi mempunyai populasi mencecah 7.3 bilion, mengapa selalu membuat kita memilih dua calon atau parti terburuk di dunia?

“Mengapa perlu membuat kita memilih antara Hilary yang dituduh pembohong atau Trump yang digelar gila,katanya.

Chow berkata, dalam pilihan raya ini, banyak parti termasuk calon bebas mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat, namun inilah sebahagian daripada sistem demokrasi.

Katanya, beliau amat tidak bersetuju dengan teori beberapa pihak yang mendakwa kehadiran calon bebas hanyalah bertujuan untuk memecah undi.

“Teori calon bebas untuk memecahkan undi adalah tidak benar, Bolehkah anda memberitahu saya, adakah pernah sesi temuramah pekerja untuk jawatan tinggi di sebuah syarikat hanya membenarkan dua orang peserta?.

“Apa yang pasti, akan ada ratusan atau ribuan pesaing akan tampil mencuba nasib. Oleh itu, setiap rakyat harus mempunyai peluang untuk mencalonkan jawatan CM,tegasnya.

Namun katanya, mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan mesti memastikan mereka berprestasi dengan baik.

“Sama ada anda cukup baik untuk diterima atau anda akan ditolak,”katanya.

Chow berkata jika parti politik mahu menang dalam setiap PRN, mereka seharusnya menghantar pemimpin yang berkualiti tinggi untuk dipilih oleh rakyat.

Katanya, dua pilihan utama untuk kedudukan Ketua Menteri hanyalah taktik parti politik yang berusaha memonopoli demokrasi.

“Pada dasarnya ini adalah amalan anti demokrasi untuk mengelakkan persaingan,” katanya.