Calon LDP DUN Bongawan Selesai Mengundi

Bongawan: Calon Parti Liberal Demokratik (LDP) di kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Bongawan, Mohd Azree Abd Ghani, 29, selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan, di sini, jam 8.30 pagi tadi.

Beliau tiba di pusat mengundi ditemani isteri Herni Daud, 29, sebelum membuang undi di saluran tujuh pusat mengundi berkenaan.

Mohd Azree ketika ditemui sebaik selesai membuang undi berkata, beliau bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawap sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, hari ini.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun kita pertama kali mengundi ikut SOP bagi mengekang wabak Covid19.

“Mohon doa supaya semuanya berjalan baik dan keputusan PRN akan memihak kepada LDP,” katanya.

Beliau berharap semua pengundi di N30 Bongawan dapat sama-sama menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

Kerusi DUN Bongawan kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Mohd Azree Abd Ghani yang ditentang tiga calon iaitu Barisan Nasional (BN), Ag Syairin Ag Bakar, calon Parti Cinta Sabah (PCS) yang juga presidennya dan bekas Ahli Parlimen Kimanis selama tiga penggal, Datuk Seri Anifah Aman dan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Dr Daud Yusof.

Tamat