Hajiji Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-16


Kota Kinabalu: Datuk Seri Hajiji Noor selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan tiga Timbalan Ketua Menteri mengangkat sumpah yang terdiri daripada Datuk Seri Bung Mokhtar Radin daripada parti UMNO, Datuk Seri Jeffrey Kitingan (STAR) dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Ketiga-tiga mereka turut mengangkat sumpah dengan portfolio masing-masing iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri Pertanian dan Perikanan serta Menteri Pembangunan Perindustrian.

Turut mengangkat sumpah adalah Datuk Seri Masidi Manjun yang memegang portfolio sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Datuk Jahid Jahim yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, sebulat suara dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membabitkan PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) lalu, GRS berjaya memenangi 38 kerusi selepas hari pengundian yang dijalankan diseluruh negeri, Sabtu lalu.

Tamat