Tiada Senarai Nama- Istana Negara.

Kota Kinabalu: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disahkan menerima mengadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, majlis menghadap itu adalah bagi mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada Anwar.

Walaubagaimanapun katanya, presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama mereka yang menyokongnya.

“Dalam sesi yang berlangsung selama kira-kira 25 minit itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sehubungan itu, Datuk Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menasihati Anwar supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tamat