Setiausaha Politik Perlu Laksana Tanggungjawab Demi Rakyat.

KOTA KINABALU: Setiap Setiausaha Politik yang dilantik diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab yang dipikul untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, mereka juga perlu sentiasa menjadi ‘telinga’ kepada kerajaan dan memperbetulkan tuduhan tidak benar yang disebarkan pembangkang di media sosial.

Katanya, rakyat memberikan mandat kepada kerajaan baharu untuk memerintah dan sudah pasyo menjadi kewajipan kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan baik terutama ketika sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang sememangnya berdepan pelbagai.

“Semua sektor mengalami kesukaran. Oleh itu, lakukan yang terbaik untuk beri sokongan penuh kepada menteri sebagai pasukan yang terbaik,” katanya ketika berucap dalam upacara angkat sumpah jawatan Setiausaha Politik, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Kassim Razali bersama 14 lagi Setiausaha Politik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hajiji.

Terdahulu, Hajiji turut mengulangi usaha kerajaan Negeri membantu rakyat yang paling ramai terkesan dengan memperuntukan sebanyak RM160 juta yang memberi manfaat kepada lebih satu juta penerima.

Katanya, setakat ini, sebanyak 144,000 bakul makanan sudah diedarkan ke semua daerah yang terkesan akibat Covid-19.

Tamat