SPRM Buru Lelaki Terbabit Pengeluaran Dokumen Palsu Sijil Lahir.

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penggunaaan dokumen palsu untuk mengeluarkan sijil lahir.

Individu yang dikehendaki itu dikenali sebagai Joh Len Santi Apin, berusia 34 dan beralamat di University Condo Apartment, Jalan Kampung Dambai, Manggatal.

Selain itu, lelaki terbabit turut mempunyai alamat tempat tinggal lain di Kampung Vinilai, Kudat.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan SPRM, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 012- 867 7087.

Tamat