Jabatan Hidupan Liar Pasang Perangkap Buaya.

TUARAN: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap untuk menangkap buaya yang menyerang seorang remaja di Sungai Kampung Mengkabong, di sini, hari ini.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata​, pihaknya akan mula memasang perangkap haiwan berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, pihaknya sudah melawat kawasan kejadian dan sekitarnya yang dipercayai menjadi habitat buaya.

“Kami sudah melawat tempat kejadian dan memang ia kawasan habitat buaya.

“Kawasan ini terlalu luas dan kami akan cuba memasang perangkap buaya dalam tempoh terdekat ini,” katanya​ di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada​ 3.30 petang, Khamis lalu,​ mangsa, Azlan Arif Abdullah​, 16, terselamat selepas diserang buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter.

Akibat kejadian itu, remaja terbabit mengalami kecederaan​ di​ bahagian badan, kaki kanan dan perut.

Kejadian berlalu ketika sekumpulan remaja mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.

Tamat