Pemandu Pacuan Empat Roda Maut.

Pemandu Pacuan Empat Roda Maut.

Ranau: Seorang pemandu berusia 56 tahun maut selepas tersepit di bawah kereta pacuan empat roda dipandunya dalam kejadian di Kampung Kologon, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Amin Sarigol yang terbabas dalam kemalangan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.13 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama tiga jentera kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

“Lokasi kejadian terletak kira-kira tiga kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) Ranau. Sebaik tiba, mangsa didapati masih tersepit di bawah kenderaannya.

“Operasi mengeluarkannya segera dijalankan dan mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit selepas itu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini

Pemandu Pacuan Empat Roda Maut.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.50 pagi,” katanya.

Tamat