BM/ENG NEWS

Penagih Ditahan Langgar PKP Dan Miliki Dadah

Oleh: Fardy Bungga Tuaran: Tiga lelaki yang melanggar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan selepas didapati memiliki satu paket plastik berisi ketulan hablur disyaki syabu, semalam. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun itu yang diperiksa selepas ditemui melepak di tepi Sungai Kampung Laya-Laya, di sini, turut didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, semasa menjalankan OPS Pintas Khas Covid-19, polis terserempak dengan tiga orang lelaki dalam keadaan mencurigakan. Katanya,...

Ingkar PKP dan Miliki Pistol Tiruan

By: Fardy Bungga KOTA KINABALU: Dua lelaki yang ditahan dalam sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Sulaman, di sini, bukan saja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut didapati memiliki sepucuk pistol tiruan. Dalam kejadian jam 3 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun yang menaiki Perodua Kancil itu mendakwa keluar bersama dengan alasan mahu menghantar makanan kepada ahli keluarga lain. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut di but kereta berkenaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol tiruan jenama Glock. Ketua Polis Daerah...

Kampung Salung, Nabawan, Dilanda Banjir Kilat

By Fardy Bungga   Nabawan: Seramai 62 penduduk Kampung Salung, di sini, terjejas selepas perkampungan mereka dilanda banjir kilat sejak jam 5 pagi tadi. Difahamkan, air mula naik sehingga mencecah hampir tiga meter ekoran hujan lebat yang melanda daerah itu sejak petang semalam. Pegawai Daerah Nabawan Virus Malitam berkata, setakat ini terdapat lapan rumah yang terjejas namun tiada pemindahan dilakukan. Namun katanya, pihak pejabat daerah akan mengusahakan bantuan kebajikan kepada semua mangsa-mangsa yang terbabit. "Pejabat Daerah sudah melancarkan kerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat...

Pakej Prihatin Tambahan Suntikan Motivasi Kepada PKS.

KOTA KINABALU: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Tambahan) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, disifatkan sebagai suntikan​ motivasi kepada para penggiat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)​ khususnya di Sabah. Sambil menyambut baik pengumuman tersebut, rata-rata PKS Sabah yang dihubungi Bernama berkata pakej itu turut membantu​ meringankan beban kewangan penggiat sektor selain​ mengekalkan momentum perniagaan PKS selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. Presiden Usahawan Wanita Sabah (IKSNITA) Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata pakej...

Tindakan keras terhadap individu ingkar di Pasar Safma.

7 April 2020 By: Fardy Bungga Pix Lo Teck Loong Kota Kinabalu: Polis akan mengambil tindakan terhadap orang perseorangan yang dikenalpasti masih berdegil membeli keperluan bahan basah di Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pasar Safma ketika ini hanya dibuka untuk pemborong ikan secara pukal melakukan aktiviti harian. Katanya, arahan berkenaan berkuatkuasa serta merta pada hari ini dan masyarakat digesa supaya mematuhinya selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Saya tekankan, tiada lagi orang perseorangan atau...

Suspek pecah masuk restoran makanan segera ditahan.

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah restoran makanan segera di Plaza Juta, di sini, berjaya ditahan pihak berkuasa, Ahad lalu. Suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang melakukan serbuan ke sebuah rumah di Kampung Bakau, Likas, jam 7.30 pagi. Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan memecah masuk premis berkenaan 2 April lalu, dan dilaporkan berhasil melarikan beberapa barangan bernilai termasuk sebuah motosikal. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Kimisioner Habibi Majinji berkata,...

Polis berjaya lumpuhkan sindiket curi bateri pencawang telekomunikasi.

  Kota Kinabalu: Empat lelaki berjaya diberkas bersama 56 bateri pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi bernilai RM125,000 yang dipercayai dicuri dari pencawang di sekitar daerah ini. Empat individu yang ditahan termasuk ketua sindiket yang dikenali sebagai Bobby dan dikatakan pernah bekerja sebagai juruteknik pencawang telekomunikasi di Rawang, Selangor tahun lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Manjinji berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan suspek pertama di sebuah rumah di Telipok Ria, Tuaran. Katanya, hasil daripada tangkapan...

Digalakkan derma darah sepanjang tempoh PKP

Kota Kinabalu: Masyarakat digalakkan supaya tidak ragu-ragu menderma darah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, para penderma darah diperlukan kerana terdapat kes-kes kecemasan dan pesakit Talasemia yang sentiasa memerlukan bekalan darah. “Kami faham ada kerisauan bagi mereka yang biasa menderma darah untuk datang ke hospital kerana mereka tidak mahu bercampur dengan pesakit-pesakit di hospital. “Para penderma boleh datang sendiri ke tabung darah atau mengikuti program derma darah yang dianjurkan seperti antaranya...

Mayat lelaki ditemui.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui tergantung di sebuah pokok di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, pagi tadi. Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 8 pagi sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan segera. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Balai Polis Pulau Gaya dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian...

Dua ditahan gagal tunjuk dokumen pemilikan sah enjin bot.

Dua ditahan gagal tunjuk dokumen pemilikan sah enjin bot. Lahad Datu: Dua lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu selepas gagal menunjukkan dokumen pemilikan sah enjin bot dalam dua operasi berasingan di kampung Lok Bikin, Pulau Sakar, di sini, semalam. Kedua-dua suspek berusia lingkungan 45 tahun dan 52 tahun itu berjaya ditahan bersama enjin bot di rumah masing-masing hasil maklumat bahagian risikan PPM. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan pertama dilakukan sepasukan pegawai dan...

最新上载