BM/ENG NEWS

641 Ditahan Sepanjang PKP Dikuatkuasakan.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Beaufort: Seramai 641 individu ditahan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini, sejak 18 Mac lalu. Berdasarkan jumlah itu, 496 individu yang ditahan ialah warganegara manakala 205 orang lagi adalah warga asing. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, walaupun PKP sudah memasuki fasa ketiga, namun masih ramai individu yang ingkar berdasarkan kepada tangkapan pesalah hampir setiap hari. Katanya, ini terbukti dengan penahanan 199 individu dalam tempoh dua hari pertama fasa tiga sejak Ahad lalu. “PKP yang sudah memasuki...

COVID-19: TIADA RANCANGAN ATUR PENERBANGAN BAWA PULANG WARGA AS DI MALAYSIA – KEDUTAAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak berhasrat mengatur penerbangan menghantar pulang warganya di Malaysia buat  masa ini, di tengah-tengah wabak COVID-19, memandangkan penerbangan komersial masih ada, kata seorang jurucakap Kedutaan AS di Malaysia. Jurucakap itu berkata warga AS yang mahu pulang perlu membuat perancangan secepat mungkin, menggunakan penerbangan komersial, kecuali mereka bersedia untuk terus berada di negara ini untuk tempoh yang tidak dapat ditentukan. "Kami bersyukur kerana penerbangan komersial masih ada walaupun sangat terhad. Jadi penerbangan membawa pulang tidak diaturkan...

KPDNHEP BOLEH LAKSANA MEKANISME KAWALAN HARGA DALAM TEMPOH PKP

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh melaksanakan mekanisme kawalan harga pada bila-bila masa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya berlaku kenaikan yang tidak munasabah ke atas mana-mana barangan keperluan dalam tempoh tersebut. Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa mekanisme itu akan dilaksanakan seperti Skim Harga Maksimum semasa musim perayaan sebelum ini. Beliau berkata sebanyak 25,543 meliputi peringkat runcit, borong serta kilang telah dijalankan dalam tempoh 18 Mac hingga 15 April 2020 melibatkan pemantauan bekalan dan harga...

Premis Perniagaan Musnah Terbakar.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Lahad Datu: Sebuah premis perniagaan musnah selepas bangunan rumah kedai di Bandar Sri Perdana, di sini, musnah terbakar, malam tadi. Dalam kejadian jam 7 malam itu, kebakaran membabitkan bangunan rumah kedai dua tingkat yang terbakar 100 peratus. Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 malam. Katanya, sepasukan bomba yang diketuai Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Darren John bersama 12 anggota dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah van EMRS. “Setibanya di lokasi...

AIRASIA TO RESUME DOMESTIC FLIGHTS STARTING APRIL 29

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd will resume its scheduled domestic flights starting April 29, 2020 before gradually adding international destinations, subject to approval from the authorities. The international flights to Thailand and the Philippines are scheduled to resume on May 1, and Indonesia on May 7, the airline said in a statement today. .“The resumption of services will initially be for key selected domestic routes, which will increase gradually to include international destinations around the network, once the situation improves and governments lift borders and travel restrictions,” it...

GUNA LALUAN ‘ESSENTIAL SERVICE’ SELUDUP RM7.4 JUTA ARAK GAGAL.

Fardy Bungga asiatimeskk.gmail.com Beaufort: Cubaan penyeludup minuman keras memperdayakan pasukan keselamatan disebalik perkhidmatan perlu (essential services) tidak kesampaian apabila dua lori yang membawa muatan arak bernilai RM7.4 juta ditahan polis di Jalan Pekan Menumbok, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, polis berjaya merampas 5,070 kotak minuman keras pelbagai jenama dan menahan dua lelaki berusia lingkungan 20 dan 40 tahun. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, bertindak atas maklumat, Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan dua lori yang ketika...

28 Ditahan Langgar PKP di Penampang.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com PUTATAN: 28 individu ditahan pihak berkuasa dalam tempoh tiga hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dijalankan di sekitar daerah Penampang. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim berkata, 20 individu ditahan pada 16 April lalu manakala lapan lagi ditahan semalam. Katanya, semua individu terbabit ditahan selepas didapati keluar rumah dan berada di tempat awam tanpa alasan yang munasabah. “Semua individu ini akan disiasat mengikut Akta Polis selain Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta...

COVID-19: KOTA KINABALU KINI ZON MERAH, JUMLAH KESELURUHAN ZON MERAH 28

KUALA LUMPUR: Daerah Kota Kinabalu, Sabah kini dikategorikan sebagai Zon Merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu kepada 28 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah  itu merekodkan 42 kes positif COVID-19. Kota Kinabalu ialah daerah kedua di Sabah dikategorikan Zon Merah selepas Tawau. Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 592 kes, manakala Hulu Langat dan...

THREE MEN FINED, JAILED FOR PLAYING GOLF DURING MCO

BATU GAJAH: A manager of a golf club and two others were sentenced to three days jail and fined RM1,000 each, in default two months’ jail, by the Magistrate’s Court here today for defying the stay home order by playing golf during the Movement Control Order (MCO) period. Magistrate Nazratul Natrah Mohd Yusuf handed down the sentence on Low Teck San, 68, who is the golf club manager, unemployed Tan Chee Kean, 59, and tuition teacher Eugene Wong Yat Hoe, 37, after...

MAIN GOLF KETIKA PKP, TIGA LELAKI DIPENJARA TIGA HARI, DENDA RM1,000

BATU GAJAH: Akibat bermain golf semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga lelaki masing-masing dipenjara tiga hari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf menjatuhkan hukuman itu ke atas pengurus sebuah kelab golf, Low Teck San, 68, Tan Chee Kean, 59, yang tidak bekerja dan seorang guru tuisyen, Eugene Wong Yat Hoe, 37, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa. Mahkamah memerintahkan semua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu semalam dan...

最新上载