KUALA LUMPUR: Ketua Staf Operasi Darat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri, SAC Datuk Ahmad Fuad Othman dilantik Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Kinarut, Sabah berkuat kuasa 18 Mei depan.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata jawatan Ahmad Fuad akan diambil alih SAC Kepolisan Am, JKDNKA, Bukit Aman SAC M. Chandrasehkaran.
Sementara itu, SAC Mancha Anak Ata pula dilantik Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, JKDNKA, Batu Kawa, Kuching.
Beliau berkata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan pula dilantik sebagai SAC Kepolisan Am, JKDNKA, Bukit Aman
— BERNAMA







