COVID-19: KOTA KINABALU KINI ZON MERAH, JUMLAH KESELURUHAN ZON MERAH 28

KUALA LUMPUR: Daerah Kota Kinabalu, Sabah kini dikategorikan sebagai Zon Merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu kepada 28 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah  itu merekodkan 42 kes positif COVID-19.

Kota Kinabalu ialah daerah kedua di Sabah dikategorikan Zon Merah selepas Tawau.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 592 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 446 dan 366 kes.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (20-40 kes), Zon Kuning (1-19 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,329 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah seluruh Malaysia:

 

Perak

KES

Hilir Perak

65

Kinta

93

Selangor

Sepang

70

Petaling

366

Hulu Langat

446

Gombak

143

Klang

172

Hulu Selangor

49

Kuala Lumpur

Cheras

82

Kepong

148

Lembah Pantai

592

Titiwangsa

130

Putrajaya

55

Negeri Sembilan

Seremban

288

Rembau

53

Melaka

Jasin

68

Melaka Tengah

51

Pahang

Kuantan

114

Jerantut

72

Johor

Batu Pahat

52

Kluang

221

Johor Bharu

185

Muar

47

Kelantan

Kota Bharu

90

Sarawak

Kuching

255

Kota Samarahan

55

Sabah

Tawau

79

Kota Kinabalu

42

JUMLAH

4,083

 

— BERNAMA