
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Lahad Datu: Sebuah premis perniagaan musnah selepas bangunan rumah kedai di Bandar Sri Perdana, di sini, musnah terbakar, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, kebakaran membabitkan bangunan rumah kedai dua tingkat yang terbakar 100 peratus.
Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 malam.
Katanya, sepasukan bomba yang diketuai Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Darren John bersama 12 anggota dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah van EMRS.
“Setibanya di lokasi m, api masih marak membakar rumah kedai berkenaan dan operasi memadamkan api kebakaran segera dijalankan.
“Kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat jenis kekal berkeluasan 1,200 kaki persegi,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, api dapat dikawal pada jam 7.37 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.17 malam.
Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dlaam insiden ini.
“Jabatan Forensik JBPM sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca dan anggaran kerugian dalam kejadian ini,” katanya.
Tamat





