Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap lima secara berperingkat bermula pada hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pelaksanaan itu bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, beberapa sektor akan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, untuk peringkat permulaan, sektor yang dibenarkan beroperasi adalah sektor Pertanian dan Industri Makanan (serta rangkaiannya); Sektor Perkilangan dan Pembuatan (serta rangkaiannya) dan operasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti dan pelabuhan.
“Kerajaan negeri juga memutuskan membenarkan kilang-kilang dan ladang-ladang sawit di Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan untuk beroperasi semula.
“Namun ia juga tertakluk kepada pengesahan bebas Covid-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri ingin menegaskan keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah merupakan keutamaan negeri Sabah.
Katanya, pelaksanaan PKP tahap lima itu seiring dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) (No 5) 2020, yang dikuatkuasakan pada 4 hingga 12 Mei mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Tamat




向首長哈芝芝諾匯報國家數碼計劃進展。-100x70.jpg)


