Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri mengesahkan setakat ini kerajaan telah membayar RM1.2 bilion kepada 997,000 pekerja dari 117,000 majikan dalam Program Subsidi Upah bulan pertama.
Bakri berkata, perlaksanaan program subsidi upah ini dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Katanya, majikan yang terlibat adalah mereka yang terjejas akibat Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa Mac lepas.
“Setakat 4 Mei lalu, PERKESO telah menerima permohonan dari sebanyak 256,000 majikan yang melibatkan dua juta pekerja.
“Tetapi setelah disemak dengan teliti majikan yang telah mendapatkan kelulusan setakat ini adalah sebanyak 235,000 majikan yang melibatkan perbelanjaan RM1.7 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bakri berkata, sebahagian lagi bayaran yang belum diluluskan disebabkan dokumen yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Katanya, majikan juga diberikan subsidi upah sehingga maksimum tiga bulan bagi mengekalkan pekerja.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata subsidi upah diberi kepada majikan yang berdaftar dengan PERKESO mengikut kategori majikan dengan bayaran diantara RM600 ( majikan memiliki pekerja lebih 200 orang) dan RM800 (bagi majikan yang mempunyai 75 hingga 200 pekerja.
“Majikan yang memiliki 75 orang ke bawah diberi subsidi RM1200 setiap pekerja.Pekerja yang mendapat perlindungan ini adalah pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
“Setiap majikan yang berkehendakkan subsidi upah ini boleh mendaftar dengan PERKESO sehingga tarikh akhir 15 September 2020. Mereka yang memerlukan makluman detail berkaitan program ini boleh membuat carian di laman sesawang perkeso@ perkeso.gov.my,” katanya.
Tamat






