
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: 10 individu membabitkan empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) bersama enam ahli keluarga mereka masih menjalani proses kuarantin.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, beliau mendoakan agar tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku dan semua mereka akan selamat menjalani kuarantin sehingga 16 Mei depan.
Katanya, sebelum ini, jumlah anggota yang diarahkan menjalani pemeriksaan Covid-19 adalah seramai 24 orang membabitkan empat pegawai dan 16 anggota.

“Syukurlah 24 daripada mereka iaitu empat pegawai, 16 anggota serta empat ahli keluarga disahkan negatif COVID-19.
Namun kini hanya tinggal 10 orang lagi yang masih dikuarantin sehingga 16 Mei depan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Amanat, Penyerahan Surat Penghargaan kepada Pegawai PPM, Pegawai Rendah Polis, KTA, Media, orang awam serta Pembersihan dan Pembayaran Zakat di Bilik Mesyuarat Sri Sipadan PPM Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Pajeri yang bertugas sebagai Komander PPM Sabah sejak 2018 lalu akan berpindah ke Pusat Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bermula 1 Jun depan sebagai Timbalan Ketua Staff III.
Katanya, beliau amat bersyukur dan bersiap-sedia untuk mengambil tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya.
Tamat







