Ibu dan anak selamat dari kereta terbakar

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Beaufort: Seorang ibu dan anak terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di hadapan pasar raya pekan Lama, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.21 malam, kedua-dua mangsa dikatakan sempat keluar sebelum kereta Perodua Kancil yang tiba-tiba terbakar.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Willy Gilbert berkata, kedua-kedua mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan tanpa sebarang kecederaan.

Katanya,  pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort yang hadir dilokasi kejadian selepas menerima panggilan segera menjalankan operasi pemadaman.

“Kejadian membabitkan sebuah kereta kancil yang terbakar keseluruhan dan pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera.

“Kebakaran dapat dikawal jam 8.28 malam dan selepas memastikan keadaan persekitaran selamat, pasukan bomba terus menamatkan keseluruhan operasi pada jam 8.52 malam,” katanya.

Menurutnya, tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

tamat