
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) menerima tajaan daripada syarikat Life Water Industries Sdn Bhd (K2), semalam.
Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, tajaan berkenaan akan digunakan pada Kempen Derma Darah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 11 Ogos depan.
Katanya, kempen berkenaan akan diadakan di Dewan Masyarakat Kiulu bermula dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.
“Selain K2 antara lain syarikat yang terlibat dalam kempen itu adalah, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kiulu (PPKKK), Klinik Kesihatan Kiulu.
“Selain itu, turut terbabit dalam kempen berkenaan Persatuan Talasemia Sabah, Pertubuhan Orang Asal Sabah (Orang Asal), Syarikat Artvision, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM Tuaran) dan dibantu oleh Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) dan Hospital Tuaran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Alix berkata, sumbangan berkenaan amat bermakna kerana ia akan memberi manfaat kepada banyak pihak terutamanya pesakit yang memerlukan.
“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO, syarikat dan individu yang bekerjasama menjayakan kempen kali ini termasuk Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan Kiulu.
“Selain itu, turut membantu Pejabat Ahli Parlimen Tuaran, Prihatin Tuaran, syarikat Green Buddy, Nur Iman Enterprise, Mas Putih, BeritaSabah.com, Kiulu Hardware & Timber, Only Aves Sound, Persatuan Pelancongan Kiulu, Arta dan Rubnon Enterprise,” katanya.
Alix berkata, sepanjang kempen berkenaan juga akan diadakan saringan kesihatan secara percuma oleh KOSPEN berserta taklimat ringkas mengenai kepentingan menderma darah yang akan disampaikan oleh pagawai dari Unit Tabung Darah HQEII.
“Pihak penganjur juga menyediakan satu pek beras 5 kilogram kepada 250 orang penderma darah terawal,” kata Alix.
“Kempen dipengerusikan oleh Encik Janih Bangud selaku Pengerusi PPKKK,” katanya.
Tamat





