Bekas Timbalan Pengarah Ditahan SPRM

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Kota Kinabalu: Seorang bekas timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu, hari ini.

Difahamkan, bekas timbalan pengarah itu telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM14,000.

Menurut sumber, wanita berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengemukakan tuntutan resit palsu berhubung dengan pelaksanaan program agensi kerajaan berkenaan sekitar Julai 2013 sehingga Ogos 2014,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” katanya.

tamat