SPRM Tahan Penolong Pegawai Kesihatan.

Kota Kinabalu: Seorang penolong pegawai kesihatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menggunakan kedudukannya untuk memperolehi projek bernilai RM30,000.

Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 10 pagi tadi, selepas dipanggil hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek mendapatkan projek bagi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan bagi Pejabat Kesihatan di sebuah daerah di negeri ini melalui syarikat miliknya sendiri. 

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

“Bagaimanapun suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

tamat