k ok
Kota Kinabalu: Taman Rekreasi Prince Philip, Tanjung Aru, sepatutnya dijaga dengan baik kerana ia adalah milik rakyat dan menjadi tempat bersejarah bagi kebanyakan masyarakat.
Jan Chow Yee Fah dari Gagasan Calon Bebas Sabah yang berhasrat bertanding di DUN Tanjung Aru berkata, pengalaman dan memori indah sejak puluhan tahun itu Kini sudah bertukar mimpi buruk.
Katanya, ia jelas amat menyayat hati apabila melihat keadaan kemudahan taman permainan kanak-kanak tidak ubah seperti perangkap yang boleh mendatangkan kecederaan ataupun kematian.
“Taman ini menjadi memori indah sejak zaman kanak-kanak saya bersama keluarga. Ini adalah tempat di mana keluarga meluangkan masa selepas makan malam di Tanjung Aru.
“Tapi kini, kawasan taman ini tidak lagi selamat, semuakemudahan dan peralatan rosak terbiar. Kolam yang dibina di tengah taman berkenaan pula sudah ditimbuni sampah dan pembiakan nyamuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jan berkata, kebanyakan gerai makan yang digemari ramai pada masa dahulu tidak lagi menjadi pilihan orang ramai. Mereka lebih suka pergi ke kafe mewah kerana banyak gerai-gerai makan ini tidak lagi teratur dan dikawal dengan baik.
“Gerai-gerai untuk semua ini sepatutnya dikekalkan dan dijaga kerana inilah khazanah dan tempat diminati masyarakat sekitar ibu negeri.
“Begitu juga kemudahan tandas awam yang bukan saja kerap ditutup tetapi juga tidak dijaga dengan baik,” katanya.

Jan menegaskan, pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip adalah milik rakyat, ia sepatutnya dijaga denganbaik oleh kerajaan pemerintah.
Tamat



