KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd. Darah dikenali sebagai pemimpin yang mudah didampingi kerana mesra rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing berkata, pemergian Allahyarhamah merupakan satu berita duka kepada rakyat Sabah yang kehilangan seorang pemimpin wanita berkebolehan.
“Saya amat terkejut dan berduka dengan berita sedih pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd. Darah.
“UMNO Tawau menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah di saat-saat sukar ini.
“Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah dan mendoakan ahli keluarganya dapat melalui tempoh sukar ini dengan kekuatan,” katanya.
Manis Muka dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles tengah hari ini dipercayai akibat sakit buah pinggang.
Semalam, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan dan dirawat di unit rawatan rapi selepas keadaan kesihatannya merosot.
Ghazalie berkata, sebagai bekas pemimpin Wanita UMNO, Manis Muka terkenal dengan sikap mesra rakyat dan mudah didampingi.
“Sebagai bekas Ketua Wanita UMNO Semporna, saya mengenali beliau selaku seorang pemimpin yang mesra rakyat, bersifat rendah diri dan berpendirian dalam perjuangan.
“Pemergian beliau bukan sahaja satu kerugian kepada masyarakat Bugaya dan Semporna, tetapi turut memberikan kesan kepada Sabah yang kehilangan seorang pemimpin wanita berkebolehan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.






與本地青年團體在開齋後合影。-218x150.jpg)


