Tambunan: Seramai 20 golongan asnaf di daerah ini menerima sumbangan menerusi lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, hari ini.
Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Pegawai daerah Tambunan, Jumain Abdul Ghani dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan
Lawatan kerja yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu adalah salah satu program turun padang Jabatan Perdana Menteri yang dirangka selama dua hari bermula hari ini.
Ia difahamkan bagi memantau perkembangan pembangunan yang dikendalikan jabatan berkenaan di beberapa daerah di negeri ini.
Lawatan kerja berkenaan kemudiannya diteruskan ke Maliau basin untuk program khidmat santuni masyarakat.
Antara aktiviti yang dilakukan JPM bersama dengan APM ketika di maliau basin ialah pembelajaran asas survival, membaca peta dan aktiviti penyelamatan ketika lemas.
Turut hadir pada program berkenaan ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) Datuk Hasyim Paijan.
Tamat







