KFC delivers National Day delight with chicken meals to homes on 31 August
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2022 – KFC, under its operating company QSR Brands (M) Holdings Bhd, celebrated Malaysia’s 65th Merdeka Day yesterday by delivering meals to 65 charity homes and organisations throughout Malaysia.
KFC distributed a total of 6,500 meals to spread delight among all Malaysians during the nationwide celebrations. Some of the charity homes that KFC visited included SHELTER Home for Children, Yayasan Chow Kit, Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu and the Malaysian Association for the Blind, Good Samaritan Home, and Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sinar Suria in Sabah.

“Merdeka is special for all Malaysians so we felt it important to share the spirit with others who may not be as fortunate. As we come out of the grip of Covid-19 with celebrations around the country, we wanted to spread some delight and create nice memories. Under our Add Hope initiative, we are celebrating with the residents and members of these 65 charity organisations nationwide,” said Nehchal Khanna, CEO and Managing Director of QSR Brands (M) Holdings Bhd.
“Merdeka Day provides us the opportunity to remember and practice Malaysian values that are the strength of this nation, such as inclusivity and unity. Throughout the years, a KFC meal has been part of many celebrations, and this Merdeka, we wanted to include more Malaysians in the experience, thus the idea of delivering meals to these 65 homes and organisations was sparked,” he added.
The Add Hope Malaysia programme is an ongoing community outreach initiative that was first initiated in 1997. It is part of KFC’s global Corporate Social Responsibility initiative that aims to highlight and drive support for the effort to end world hunger. This includes raising money annually for the United Nations World Food Programme (WFP) and other hunger relief agencies around the globe. Over the years, the initiative has served nearly 4 million meals across Malaysia.
-END-
KFC SAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN BERSAMA 65 RUMAH DAN ORGANISASI KEBAJIKAN DI SELURUH MALAYSIA
Hidangan sedap hingga menjilat jari KFC dihantar ke rumah-rumah kebajikan
pada 31 Ogos
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2022 – KFC, di bawah syarikat operasinya, QSR Brands (M) Holdings Bhd, telah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 semalam dengan menghantar makanan kepada 65 rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia.
Sejumlah 6,500 hidangan telah agihkan kepada golongan-golongan kurang bernasib baik untuk menyebarkan kegembiraan di kalangan semua rakyat Malaysia sewaktu perayaan ini disambut di seluruh negara. Antara rumah kebajikan yang dilawati KFC termasuk SHELTER Home for Children, Persatuan Orang Buta Malaysia, Good Samaritan Home, dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sinar Suria Sabah.
“Hari Merdeka merupakan hari yang istimewa untuk semua rakyat Malaysia, oleh itu kami merasa terpanggil untuk berkongsi semangat ini dengan mereka yang kurang bernasib baik. Di kala kita semua semakin pulih daripada cengkaman Covid-19 dan bebas untuk menyambut perayaan di seluruh negara, kami ingin menyebarkan kegembiraan dan melakar kenangan indah bersama-sama golongan ini. Di bawah inisiatif Add Hope kami, kami meraikan sambutan bersama 65 buah organisasi amal ini di seluruh negara,” kata Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd.
“Hari Merdeka memberi peluang kepada kita semua untuk mengingati dan mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan dan perpaduan kaum di Malaysia yang telah menjadi kekuatan negara ini. Sejak dari dahulu lagi, hidangan KFC telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dan telah mewarnai pelbagai sambutan dan keraian. Untuk sambutan kemerdekaan kali ini, kami ingin berkongsi kegembiraan dengan lebih ramai lagi rakyat Malaysia, justeru idea untuk menghantar makanan ke 65 rumah amal dan organisasi ini tercetus,” tambahnya.
Program Add Hope Malaysia merupakan inisiatif jangkauan komuniti berterusan yang pertama kali dimulakan pada tahun 1997. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat global KFC yang bertujuan untuk mengetengahkan dan memacu tindakan dalam gerakan menamatkan kelaparan di dunia dengan meningkatkan wang kutipan setiap tahun untuk Program Makanan Sedunia oleh PBB. Sejak bertahun-tahun, inisiatif ini telah menyediakan hampir 4 juta hidangan di seluruh Malaysia.
– TAMAT –







