NISSAN E-POWER: PENYELESAIAN BERELEKTRIK TANPA KOMPROMI

  • Untuk mencapai neutraliti karbon melalui strategi BEV dan e-POWER
  • Membangunkan teknologi cemerlang untuk mencapai ‘EV-ness’ dalam e-POWER
  • Gabungan unik prestasi EV dengan kecekapan bahan api terkemuka dalam kelas

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 – Apabila Nissan memulakan strategi pembangunan teknikalnya pada tahun 2005, salah satu objektif utama adalah untuk mencapai neutraliti karbon dalam jangka panjang melalui pengadopsian secara beransur-ansur kenderaan elektrik bateri (BEV) serta kenderaan berkuasa motor elektrik yang menggunakan sumber tenaga seperti sel bahan api hidrogen, sel bahan api e-bio, dan sistem penjanaan kuasa berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Nissan akhirnya melancarkan BEV pertama dunia secara besar-besaran, dengan pelancaran LEAF kereta elektrik sepenuhnya pada tahun 2010 dan turut menawarkan model e-POWER dipacu motor elektrik sebagai salah satu daripada dua tonggak strateginya untuk elektrifikasi. Sebagai pesaing baharu dalam pasaran hybrid yang sesak di Jepun pada pertengahan 2010-an, e-POWER menjanjikan kecekapan bahan api unggul dan ciri pemanduan sama seperti EV, yang dibuktikan oleh Nissan Note e-POWER yang dilancarkan pada tahun 2016, menjadi model terlaris di pasaran domestik Jepun.

Memanfaatkan ‘EV-ness’ dalam e-POWER

Berbeza dengan hybrid selari konvensional yang kebanyakannya dikuasakan oleh enjin petrol dengan bantuan elektrik yang terhad, roda kenderaan e-POWER dipacu elektrik motor 100%. Ia menggunakan enjin pembakaran untuk menggerakkan penjana yang mengecas pek bateri Litium-Ion.

Jurutera Nissan mengadaptasi komponen utama LEAF elektrik sepenuhnya seperti penyongsang (otak sebuah EV) dan sistem kawalan lanjutan untuk memanfaatkan intipati pemacu elektrik – tindak balas tork segera dan prestasi senyap dan lancar – dan menerapkannya pada e-POWER, memberikan ciri ‘EV-ness’ yang dihargai pemandu.

Tidak seperti hybrid yang serupa di mana bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) penjana biasanya tidak diasingkan dengan baik, manakala enjin pembakaran dalaman e-POWER dikalibrasi dengan teliti dan hanya beroperasi pada titik tetap di mana enjin berada dalam julat paling cekap untuk menjana elektrik. Selain itu, enjin akan dihidupkan dalam fasa tertentu apabila bunyi ambien tinggi (contohnya ketika memandu di lebuh raya) supaya operasi tersebut dapat disembunyikan dari segi akustik.

Operasi dan penyepaduan sistem pintar

Apabila prestasi maksimum diperlukan, enjin dalam sistem e-POWER mampu membekalkan kuasa terus ke motor sambil mengecas bateri pada masa yang sama untuk memastikan prestasi mampan. Inovasi baharu Nissan ini adalah unik kepada e-POWER dan tidak terdapat dalam sistem hybrid tradisional yang lain. Selain itu, ia menafikan keperluan pek bateri berkapasiti tinggi yang boleh memberikan kesan kepada berat dan pembukusan.

Sebaliknya, bateri Litium-Ion padat dengan ketumpatan kuasa tinggi dan output dibangunkan secara eksklusif untuk e-POWER, yang memberikan kelebihan dalam berat kenderaan e-POWER Nissan yang setara dengan model berkuasa ICE, tetapi dengan pengagihan berat yang lebih baik. Memandangkan e-POWER adalah 100% dipacu motor (melalui pengurang gear), maka ia tidak memerlukan transmisi tradisional. Ini bukan sahaja mengurangkan berat tetapi juga mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang. 

e-POWER penawaran terbaik bagi kedua-dua dunia

Dalam pasaran yang didominasi oleh BEV, kenyataan e-POWER Nissan mudah diabaikan kerana ia merupakan satu lagi sistem hibrid yang berpusat di sekitar enjin pembakaran dalaman. Namun, e-POWER menawarkan BEV paling ideal untuk pembeli yang mengkehendaki prestasi keseluruhan BEV dan kecekapan bahan api hybrid yang jimat.

Sistem pemacu Nissan e-POWER menawarkan semua keseronokan dan kehalusan sebuah EV melalui pemacu motor elektrik 100%, yang tanpa kelemahan utama kebimbangan jarak pemanduan kerana ia tidak memerlukan pengecasan luaran, sekali gus menyelesaikan masalah utama penggunaan EV seperti tempoh pengecasan yang lama, kekurangan stesen pengecas dan pengecas tidak berfungsi dengan baik.

Inovasi teknologi dari segi enjin dan bateri, bersama sistem kawalan proprietari dan ciri pintar seperti penjanaan tenaga e-Pedal Step, memberikan e-POWER kecekapan hybrid terunggul berbanding dengan kenderaan berkuasa ICE. Bagi kebanyakan pasaran yang belum bersedia untuk menerima BEV secara besar-besaran, e-POWER adalah penyelesaian unik yang hadir tanpa kompromi.

Tentang e-POWER

Sistem pemanduan e-POWER merupakan teknologi unik Nissan yang menggunakan enjin petrol untuk mengecas bateri litium-ion untuk menjana motor elektrik semata-mata untuk memacu roda. Ia bertindak seperti kenderaan elektrik, memberikan tork serta-merta dan prestasi responsif, tanpa perlu bimbang akan jarak pemanduan dan keperluan untuk mengecas. Sistem e-POWER mempunyai pelepasan ekzos dan kos operasi yang lebih rendah berbanding dengan enjin pembakaran dalaman tradisional. Ia menggunakan brek janaan semula untuk memastikan bateri diisi semula. Nissan merancang untuk melancarkan model e-POWER baharu di Malaysia pada suku keempat 2024.

Terus bersama untuk mengetahui lebih lanjut tentang inovasi di sebalik e-POWER.