Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Menyanjung Pencapaian Cemerlang Para Pemenang
PETALING JAYA, 10 September 2024 – Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan kerjasama Nonosugar Health Tech Sdn Bhd (Nonosugar Health Tech), pengeluar makanan kesihatan dan pemakanan, mengadakan majlis makan malam sempena meraikan kemenangan Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Kulinari 2024 di Stuttgart, Jerman.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis makan malam yang disediakan oleh Zuan Yuan Chinese Restaurant, One World Hotel, bagi meraikan para pemenang sempena pencapaian mereka. MOSTA, MPOC dan Nonosugar Health Tech juga mengumumkan sokongan mereka kepada Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia untuk menyertai Piala Dunia Kulinari 2026 yang akan datang.
Pasukan Kulinari Malaysia yang diwakili oleh 18 orang chef Malaysia menyaksikan mereka bertanding di bawah bendera Persatuan Ahli Kulinari Profesional Malaysia dan memenangi pingat perak dalam kategori Restaurant of Nations dan Chef’s Table. Hidangan mereka yang memenangi anugerah menampilkan minyak masak berasaskan minyak sawit Nonosugar Health Tech Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90.
Chef Bob Adnin, Presiden Persatuan Kulinari Profesional (Malaysia) berkata penggunaan minyak masak berasaskan minyak sawit Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 memberi kelebihan kepada aroma dan rasa masakan yang disediakan.
“Komposisi unik 90 peratus Palm Olein dan 10 peratus Extra Virgin Olive Oil ini meningkatkan rasa dan aroma dalam masakan. Memasak menggunakan minyak ini menjadikan makanan lebih aromatik, menghasilkan rasa savori dan semula jadi yang anda tidak boleh dapat daripada mana-mana minyak lain,” kata Adnin.
Menurut Presiden Persatuan Ahli Sains & Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong, yang membangunkan P90 berdasarkan penyelidikan saintifik intensif tentang minyak sawit selama 50 tahun berkata bahawa Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 mempunyai banyak manfaat sebagai minyak masak. Ia kurang menggemukkan, tidak menyebabkan keradangan disebabkan kandungan Omega 6 yang rendah, bebas daripada lemak trans, kandungan Tocotrienol yang tinggi dan tahan panas. Oleh itu, Tan Sri Ong P90 sesuai untuk pelbagai jenis kaedah memasak, termasuk membuat salad, manakala Tan Sri Ong Red P90 adalah sangat sesuai untuk menyediakan sos merah, termasuk kari, sos berasaskan tomato, tomyam dan banyak lagi.
“Olein Sawit, yang mempunyai manfaat yang sama dengan Minyak Zaitun Extra Virgin secara perbandingan adalah lebih berkesan daripada segi kos dengan pelbagai manfaat hebat, termasuk kandungan Vitamin E yang tinggi. Ia membantu meningkatkan kolesterol HDL yang bermanfaat, mempunyai kesan anti pembekuan, mengandungi lemak monotidaktepu dan politaktepu, tidak mengandungi lemak trans, tahan terhadap pengoksidaan dan juga lebih stabil dalam suhu tinggi. Penambahan Extra Virgin Oil menambah manfaat kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu tunggal,” tambah Ong.
Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, mengucapkan tahniah kepada para chef berbakat dari pasukan Kulinari Malaysia. Beliau menyatakan bahawa bersaing di peringkat antarabangsa merupakan perjalanan yang mencabar buat mereka, di mana para chef ini perlu bekerja keras selain memiliki daya kreativiti yang tinggi.
“Sebagai syarikat tempatan yang giat berusaha untuk mempromosikan minyak sawit tempatan, kami sangat teruja kerana minyak masak Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 ditampilkan di peringkat antarabangsa, membantu tukang masak dalam menghasilkan hidangan lebih sihat yang mengagumkan para hakim. Peluang menyaksikan bakat luar biasa pasukan mendapat pengiktirafan di pentas global merupakan sesuatu yang amat membanggakan,” tambah Jeff.
Sukan Olimpik Kulinari ialah pertandingan yang diadakan setiap empat tahun sekali di mana para chef terkemuka dunia berkumpul untuk menunjukkan penguasaan dalam seni masakan masing-masing. Sukan Olimpik Kulinari 2024, yang diadakan di Stuttgart Jerman menyaksikan penyertaan pasukan masakan profesional dari 55 buah negara di seluruh dunia.
Pasukan Kebangsaan Malaysia telah ditaja dan disokong oleh MPOC, MOSTA, Nonosugar Health Tech dan beberapa penderma swasta lain.
TENTANG MAJLIS MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOC)
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju global dalam minyak sawit mampan yang diperakui. MPOC mengutamakan promosi minyak sawit Malaysia sebagai pilihan yang sihat, mampan dan beretika untuk pengguna di seluruh dunia, dengan melibatkan diri secara aktif dengan pihak berkepentingan, sambil menambah baik akses pasaran dan penerimaan pensijilan MSPO.
MPOC mempunyai rangkaian pejabat serantau di China (Shanghai), India (Mumbai), Timur Tengah (Istanbul), Eropah (Brussels dan Moscow) dan Afrika (Kaherah dan Johannesburg).
Melalui ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan pejabat-pejabat serantau, MPOC memainkan peranan penting dalam memudahkan pengembangan perdagangan industri minyak sawit Malaysia dengan sentiasa mengenal pasti dan memanfaatkan trend dan peluang pasaran terkini.
TENTANG PERSATUAN AHLI SAINS DAN TEKNOLOGI MINYAK MALAYSIA (MOSTA)
Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia ataupun dikenali sebagai MOSTA ialah persatuan yang dianggotai oleh para saintis, ahli teknologi dan profesional lain yang terlibat dalam sains minyak dan lemak, teknologi dan perdagangan. Dirasmikan pada 7 September 1989, MOSTA bertujuan untuk mempromosikan dan memajukan sains, teknologi dan ekonomi minyak dan lemak.
TENTANG NONOSUGAR HEALTH TECH SDN BHD
Malaysia tidak pernah dikenali sebagai negara paling sihat, malah kedudukan kita jah di belakang. Kita mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia dengan lebih 64% daripada populasi kita adalah sama ada obes atau memiliki berat badan berlebihan. Punca utama kematian rakyat Malaysia pada tahun 2017 dan 2018 ialah penyakit jantung iskemik, atau dalam istilah awam, ‘masalah jantung’. Kementerian Kesihatan kita telah melaporkan bahawa seramai 1.7 juta orang rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga faktor risiko diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi.
Mengetahui semua ini telah mendorong kami untuk memulakan misi untuk memupuk gaya hidup yang lebih sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Maka Nonosugar ditubuhkan! Daripada perkongsian petua diet dan pemakanan, produk kesihatan yang dipilih dengan penuh minat kepada program kesihatan yang diperibadikan; matlamat kami di Nonosugar adalah untuk memastikan anda menjadi versi terbaik diri anda. Keutamaan kami sentiasa ANDA!