Persatuan Tik Tokes Sabah perluaskan aktiviti ke 25 kawasan Parlimen

KOTA BELUD: Persatuan Media Tik Tokes Negeri Sabah merancang untuk melantik pengerusi penyelaras persatuan di setiap 25 kawasan Parlimen di Sabah dalam masa terdekat.
Presiden persatuan itu Abdul Aziz Haji Bilin berkata langkah itu bertujuan menyelaras pelbagai aktiviti persatuan termasuk pendaftaran ahli dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.
“Kita berpendapat sudah masanya persatuan media tik tokes ini diwujudkan di seluruh Sabah mengambil kira senario semasa, terutama penyebaran maklumat yang tidak sahih atau tepat.
“Oleh itu, kita berharap anggota persatuan ini dapat membantu memberi penjelasan dan menyebarkan berita yang sahih khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Aidilftri anjuran Persatuan Media Tik Tokes Negeri Sabah di Pentas Terbuka R and R, dekat sini pada Jumaat.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Mustapha Samud dan Datuk Japlin Akim, wakil Ketua Menteri Sabah, dan Penasihat Persatuan Media Tiktokers Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau, yang lebih dikenali panggilan ‘Pak Aziz’ berkata, persatuan itu menyasarkan golongan belia untuk menjadi ahli persatuan tersebut.
Beliau berkata, persatuan berkenaan juga merancang untuk menganjurkan seminar digital media dan forum perdana yang akan membincangkan dan memperincikan peranan media tik tokes.
Pada majlis itu, Mustapha menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Media Tiktokers Negeri Sabah.
Turut menyampaikan sumbangan ialah Ketua Menteri diwakili Japlin, Salleh dan Datuk Robert Tawik. -JT

SUMBANGAN … Abdul Aziz (Kanan) menerima sumbangan daripada Mustapha (tiga dari kini).