KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan seorang lagi calon bagi kawasan N.43 Kemabong iaitu Yabri Onos.
Setiausaha Agung KDM, Willie Jude berkata, ia susulan pengumuman calon Pilihan Raya Umum Sabah Ke-17 (PRU Sabah Ke-17) yang dibuat parti, pada Khamis.
“Ini menjadikan jumlah calon yang telah diumumkan ialah seramai 40 orang termasuk 39 orang yang diumumkan pada Khamis,” katanya.
Selain itu, Willie juga memaklumkan perkembangan terkini, iaitu pertukaran calon KDM bagi kawasan N.18 Inanam.
“Sebelum ini, telah diumumkan calon bagi kawasan itu adalah Datuk George Guntarik namun Pimpinan Tertinggi telah memutuskan calon di N.18 Inanam yang terbaharu ialah Lewis Wong.
“Pertukaran itu dibuat adalah sebahagian daripada strategi parti dalam menghadapi PRU Sabah Ke-17,” katanya.-JT









