PPM rampas 552 tan makanan sejuk beku tamat tempoh

Oleh FARDY BUNGGA


PENAMPANG: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai produk ayam dan daging sejuk beku seberat lebih 552,851.24 kilogram dalam operasi bersepadu di Kampung Nambazan, Donggongon, di sini, semalam.
Dalam operasi jam 10 pagi itu, semua bahan makanan yang dirampas berkenaan dianggarkan bernilai keseluruhan kira-kira RM14.56 juta.
Operasi dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, hasil siasatan awal, premis berkenaan dipercayai hanya dijadikan tempat penyimpanan produk sejuk beku.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian
“Seorang lelaki tempatan yang berada di premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
“Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah fasiliti penyimpanan sejuk beku (cold storage) yang digunakan untuk menyimpan bekalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, kelmarin.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Perkhidmatan Veterinar 2015 dan Akta Makanan 1983.
“Rampasan melibatkan sebanyak 552,851.24 kilogram produk serta sebuah fasiliti ‘cold storage’, dengan nilai keseluruhan RM14,560,149.15,” katanya.

RAMPASAN … Terdapat makanan sejuk beku didapati sudah tamat tempoh.