BEAUFORT: Kira-kira 200 tetamu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman di Kampung Bingkul, pada Isnin.
Ketibaan Musa di Kg. Bingkul pada jam 11.30 pagi disambut oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.
Majlis yang berlangsung mulai jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang itu diadakan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran pemimpin setempat, keluarga terdekat dan sahabat handai.
Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam; Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury dan Pegawai Daerah, Mohd Nazri Ajun.

SANTUNI …. Musa (kanan) menyantuni tetamu yang hadir.






